Kerajaan tidak bercadang untuk memansuhkan subsidi minyak petrol dan diesel dalam masa terdekat.<br /><br />Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup, Datuk Seri Salahuddin Ayub berkata, setakat ini, isu berhubung pemansuhan bahan api itu tidak timbul ketika mesyuarat Kabinet bersidang pada Rabu lalu.